Umrah adalah salah satu ibadah yang terbaik di mana jemaah memalingkan hati, lidah dan anggota badan mereka kepada Tuhan mereka, dengan mengunjungi Masjid al-Haram (Masjid Haram Makkah), memohon keampunan Allah dan keberkatan-Nya. Umrah adalah satu amalan Ibadah, yang didahulukan dengan Ihram, tawaf di Kaabah dan berulang-alik antara Safa dan Marwa.
- Pakej Umrah Premium
Kami juga menawarkan pakej custom untuk kumpulan kecil. Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut
- Tiket penerbangan Qatar Airways
- Penginapan hotel
- Pengangkutan bas
- Umrah bersama mutawwif
- Fullboard makan dan minuman di Makkah & Madinah
- Percuma set bagasi eksklusif
- Percuma buku panduan umrah
- Percuma Air Zam Zam
- Percuma set ihram
- Insurans travel / covid
- Visa pelancong
- Kos tambahan penginapan / visa (jika ada)
- Speedtrain (optional)
Anda perlu memuat turun kedua-dua aplikasi Tawakkalna & Eatmarna dalam telefon pintar anda.
Tawakkalna: Untuk memantau kesihatan & pergerakan jemaah umrah
Nusuk: Untuk memohon permit umrah, lawatan Raudah & solat di Masjidil Haram.
Bagi individu yang tidak sihat, tiada keperluan khas sebelum melakukan Umrah. jemaah hanya perlu membawa beberapa jenis ubat sebagai persediaan seperti ubat penahan sakit dan antihistamin untuk selesema biasa.
Bagi jemaah dengan penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan penuh daripada doktor terlebih dahulu semasa merancang perjalanan dan perlu membawa laporan perubatan status kesihatan semasa bersama mereka sewaktu menunaikan Umrah.
Selain itu, jemaah Umrah digalakkan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang tempoh Umrah dan mengatur penyimpanan ubat yang betul untuk mengelakkan ubat-ubatan terdedah kepada cahaya matahari dan rosak disebabkan haba berlebihan.